AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

KEMBALIKAN KUASA MORSI DAN RAKYAT


Manusia yang waras sudah pasti mengutuk tindakan rampasan kuasa oleh tentera Mesir yang merompak kuasa Presiden Mohamed Morsi yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang sah. Morsi telah dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi secara adil dan telus namun kemenangan beliau dirampas secara zalim melalui tindakan rampasan kuasa oleh tentera yang membelakangkan sistem demokrasi.

Sekiranya timbul bantahan terhadap presiden yang dilantik, proses rundingan yang telus perlu dilaksanakan secara baik, bukannya rampasan kuasa.

Mandat kepada Presiden Morsi mesti dikembalikan dengan serta merta dan tentera mesti meminta maaf kepada rakyar Mesir atas campurtangan mereka dalam urusan politik Mesir. Tentera dan Polis sepatutnya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam bukannnya bertindak merampas kuasa dan melakukan kezaliman kepada rakyat.


Andaikata benar Morsi gagal dalam pentadbirannya maka rundingan mesti dibuat dan beliau berhak menjawab segala tuiduhan tersebut. Pemerintahan yang hanya baru setahun wajar diberi peluang untuk membuktikan keupayaannya kerana mana mungkin beliau dapat menyelesaikan semua perkara dalam masa setahun. Mandat beliau hanya akan berakhir selama 4 tahun lagi. Rakyat berhak menghukum beliau melalui peti undi pada pilihanraya akan datang. Tidak perlulah tentera mengganggu proses demokrasi ini.

Pihak luar jangan cuba campurtangan dan menghasut rakyat untuk memberontak dan membuat kacau. Kita bimbang kekacauan dan penentangan ini dinyalakan oleh pihak yang sentiasa cemburu dengan kejayaan Morsi dinobatkan sebagai Presiden Mesir sejak beliau mengankat sumpah jawatannya.



Comments

Anonymous said…
It has become clear to anyone who aspires for the return of Islam that the game of democracy is a sham and completely rigged against the Muslims and that democracy is the system which was created to keep Islam out of the political field.
Anonymous said…
TV3 memberitakan berita tidak adil terhadap Morsi. Mari kita boikot TV3 dan apa jua barang yang diiklankannya.