AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

ZAHID HAMIDI BERSARA, LETAK JAWATAN ATAU BERCUTI?

Kalau di negara barat sudah tentu menterinya akan letak jawatan jika ada kes-kes berkaitanya di mahkamah. Namun di sini menteri-menterinya semua tak ada malu dan muka tembok serta tidak bertanggungjawab. 

Semalam AJK PAS Pusat, YB Hanipa Maidin menggesa Ahmad Zahid Hamidi berehat daripada tugas beliau sehingga siasatan ke atasnya selesai.

Beliau berkata, Zahid harus berbuat demikian bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam kes membabitkan saman seorang ahli perniagaan ke atas beliau.

"Oleh kerana beliau seorang menteri apabila ada satu tuduhan atau kes saman yang mempunyai asas, paling kurang beliau diminta untuk bersara atau lebih baik beliau sendiri meletakkan jawatan.

"Tapi kalau beliau rasa beliau sendiri nak pertahankan jawatan, beliau kena berehat dahulu seperti mana yang dilakukan oleh menteri-menteri Umno yang lain," kata beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan.

Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang juga berharap Peguam Negara melakukan pendakwaan ke atas Zahid dan tidak mengamalkan pendakwaan terpilih.

"Kuasa pendakwaan di bawah Peguam Negara. Jadi saya harap Peguam Negara tidak mengamalkan budaya pendakwaan terpilih terutama apabila melibatkan menteri," katanya.

Zahid dituduh menyerang dan melakukan cubaab bunuh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, dalam satu kejadian pada 2006.

Comments

Anonymous said…
alahai zahid oooii!!!kome kate kome insan yang bersih bersih tanpa was was.ape kehenye sekaghangni,tak putuih dakwat nuleh ceriter tang kome.oghang nulong anak kome,kome kate tak syior ngan kome gi dok dinegara lain.sekarang cer citer kome nak pilih yang mane satu.letak jawatan?,bersara?ikut firasat rakyat molek kalau kome pilih cuti.bukankah kome dah kata tak syior ngan kami gi dok negeri lain.
Anonymous said…
camtu lah menteri2 BN,maaf cakap, tidak ada etika langsung, walau telah didapati bersalah masih tidak mahu melepaskan jawatan. Mana maruah, mana air muka? itulah tanda manusia yg mahukan kuasa utk nafsu diri,bukan utk berkhidmat utk negara dan rakyat. Org tua2 kata ,jgn dilayan manusia x de maruah