AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

SETIAUSAHA DEWAN RAKYAT SALAH GUNA KUASA?

Amat malang pelantikan Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini dicemari apabila Setiausaha Dewan telah secara jelas melanggar Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (standing orders).

Jelas awal-awal lagi Sidang Dewan telah dicemari dengan perlanggaran peraturan yang jelas.

“Saya dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun membuat bantahan kepada Setiausaha Dewan Rakyat kerana proses pengundian pelantikan Speaker telah secara jelas tidak dijalankan melalui undi yang dijamin kerahsiaannya,” ujar Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) kepada Harakahdaily.

Menurutnya, memandangkan terdapat dua calon yang dicalonkan bagi pelantikan speaker Dewan Rakyat maka proses pengundian perlu dilakukan melalui undi bersurat seperti mana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 4 (3) dan (4) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.


Comments

Anonymous said…
DAlam parlimen pun ada yang menipu, tapi malangnya yang menipu tu , biasanya bangsa melayu beragama Islam lagi. Apalah malangnya negara ini , di sana tipu , disini tipu dan mungkin di serata tempat selagi besetongkol dengan UMNO/BN tipu ni dah menjadi darah daging agaknya. Khianat , tipu dan zalim dengan rakyat memang kerja UMNO/BN dari dulu kini dan selamanya. Tak takut dosa ke mereka , ingat boleh tongkat langit ke..... Ingat2lah wahai senegara ku .
Anonymous said…
Dasar utama UMNO/BN untuk berkuasa