AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

HUDUD AKAN DILAKSANAKAN DI SELANGOR?

Exco baru untuk Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi akan mengambil pendekatan penerangan dalam melaksanakan tugasnya.

"Bagi saya program penerangan adalah amat penting bagi  memberi kesedaran kepada umat Islam. Mengapa Islam melarang kita minum, menjual, mempromosi  arak, pergi tempat pusat hiburan. 

"Ini adalah kerana untuk mengelak berlakunya gejala sosial, keruntuhan akhlak, ketuntuhan rumahtangga, berlakunya zina, pembuangan bayi dan sebagainya," kata Sallehen Mukhyi dalam sidang media pertama di pejabat SUK Selangor hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta agar rakyat Malaysia mengubah  cara pemikiran bagi tangani masalah isu arak, judi, pusat hiburan melalui  Exco Hal Ehwal Islam.

Beliau berkata, semenjak mengangkat sumpah sebagai Exco, berbagai soalan yang dimainkan oleh rakyat dan media bagi menangani isu ini.  

"Antara soalan yang sering dipersoalkan apakah tindakan saya sebagai Exco Agama dalam tangani isu arak, judi, pusat hiburan. Apakah Hudud perlu dilaksanakan di negeri Selangor.

"Bagi saya rakyat perlu ubah cara pemikiran tersebut kerana untuk tangani isu berkenaan ia perlu memberi kefahaman terlebih dahulu kepada seluruh rakyat termasuklah kepada non-muslim agar mereka faham apakah yang di maksudkan hudud dna lain-lain. 

"Siapakah yang layak menerima hudud. Siapakah yang mempunyai kuasa menutup kilang arak dan sebagainya," kata beliau. 

Sallehen yang menang dalam pilihan raya lalu di Dun Sabak dilantik sebagai Exco bagi mewakili PAS dalam penggal ini. Selain beliau, tiga Exco PAS sebelum ini dilantik semula. Mereka adalah Dr Halimah Ali, Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus.

Bagi Sallehen, kerja penerangan ini pula memerlukan penglibatan semua pihak bukan hanya Exco Agama sahaja bahkan juga para ustaz dan alim ulama.  

Sallehen menjelaskan lagi, bagi tangani isu arak, rampas lesen arak, tutup pusat hiburan bukan kuasa Exco Agama dan kerajaan negeri Selangor sepenuhnya tetapi ia dibawah pengurusan pihak berkuasa di peringkat Pusat dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

“Kita tidak ada kuasa sepenuhnya menutup tempat hiburan, rampas lesen arak. Tetapi kita akan bantu PBT dan lain-lain untuk tangani isu ini dari semasa ke semasa dengan mengadakan perbincangan bersama demi kepentingan umat Islam di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihak kerajaan negeri tidak ada mengeluarkan lesen baru untuk tutup pusat hiburan, menjual arak untuk penggal lalu.

"Namun saya difahamkan semasa zaman pemerintahan kerajaan Umno dulu lagi  ada lesen quata  lama di keluarkan  untuk arak dan sebagai," jelas beliau.  

Islam, katanya, memang melarang umatnya mengambil arak, pergi tempat yang mendekati zina iaitu pusat hiburan. 

Maka dengan itu program penerangan agama ini perlu di laksanakan di institusi masjid, edaran risalah dan sebagainya agar rakyat Malaysia faham dengan jelas.

"Insya Allah perbincangan bersama PBT, dan badan berwajib akan diadakan dalam tangani isu berkenaan dengan baik agar tidak melukai hati mana-mana pihak kerana di Malaysia kehidupannya adalah berbagai bangsa dan agama yang perlu di hormati," jelasnya lagi.

Sumber : Harakahdaily

Comments

Anonymous said…
Sekurang2nya utk permulaan haramkanr org islam dari memasuki tempat2 maksiat spt kelab malam, pub, koroake ala2 pub, kedai nombor ekor dan lain2 berkaitan..kenakan denda yg tinggi dan penjara..krn bg saya itu pun dh cukup baik..walaupun akan d cemuh melayu2 elit tp ALLAH akan memberkati kita..
Anonymous said…
Sudah masuk 2 penggal dah pembangkang menguasai Selangor. Kutbah Jumaat minggu sudah di pandan indah imam sibuk menyalahkan pihak yg membenarkan kilang arak beroperasi diSelangor.

Dia mungkin lupa pembangkang sudah lebih satu penggal memerentah Selangor, kilang arak yg dia komen tu masih berada kat Selangor lagi.
Abdullah Ngah said…
alasan yang diberi oleh EXCO berkaitan nampaknya ada persamaan yang diberi oleh umno selama ini.

Alasan kerajaan negeri selangor tak ada kuasa atas lesen jual arak, judi dan kilang arak tak wajar, kerana tapak kedai dan kilang kuasa kerajaan negeri menerusi PBT.