AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

UMNO TAK GUNA AL QURAN, HABIS TU GUNA APA?

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa Umno BN tidak pernah "membuka" al-Quran semasa menguruskan parti sepanjang pengalaman beliau menjadi ahli dan pemimpin parti berkenaan.

Katanya, biarpun Umno sering mendakwa mereka parti yang membela Islam, membina banyak masjid dan sekolah agama, namun parti itu tidak pernah melaksanakan tuntutan seperti yang diajar di dalam al-Quran.

“Saya tengok masa saya dalam parti (Umno) dari peringkat rendah hingga Malaysia, minta maaf tuan-tuan dan puan-puan Umno tidak pernah sekalipun membuka al-Quran.

“Kalau ada ketua cawangan dan semua di sini (saya nak tanya) pernah tak anda membuka al-Quran, ikut ajaran al-Quran dalam mentadbir parti. Pernah tau tidak?” soalnya kepada penduduk Kampung Jawa yang dipetik Selangorku.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib berkata, tindakan ini berbeza dengan perjuangan PAS yang menggunakan sepenuhnya kreadibiliti ulama dan ilmuan agama dalam memacu pentadbiran parti malah menjadikan al-Quran sebagai sumber perjuangannya.

Menurutnya lagi, PAS juga menyeimbangkan golongan ulama dengan golongan profesional dalam parti itu dan segala perjalanan parti dipandu Majlis Syura Ulama PAS.

Turut hadir sama, calon PAS yang juga penyandang Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dan calon PAS Dun Dusun Tua, Razaly Hassan.

Pakatan Rakyat juga katanya telah bersedia untuk mentadbir negara berdasarkan keupayaan yang ditunjukkan sepanjang mentadbir Selangor.

“PR sudah bersedia dan mempunyai orang yang cukup untuk memerintah Putrajaya," katanya yang juga mantan Menteri Besar Selangor.

Kalau Umno tak guna Al-Quran, habis tu dia guna apa untuk urus parti dan kerajaan??????

Comments

Anonymous said…
gunala kepala bu...kesian rakyat terpedaya,kekal nak berkuasa sangup tak buka Alquran berlunaskan bu
Anonymous said…
umno guna dajwat
JAKA said…
apa lagi yg umno guna KALAU TIDAK VIDEO LUCAH, FITNAH LIWAT, KATAK2 LAPAR DAN BONTOT SAIFOOL.

tu sebb umno berakidah video adalah benar dan wajib dipercayai. hukum agama tidak perlu digunakan jika sudah ada bukti video.

nerakalah tempat kau umno