AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

LAGI KEBOBROKAN SPR DIBONGKAR?

Satu demi satu kebobrokan Umno/BN serta SPR diketahui rakyat tentang PRU 13 Ahad lalu. Hari ini Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil membuat laporan polis ke atas penemuan beberapa kertas undi dari kawasan DUN Nusa Jaya dalam satu peti undi dari kawasan berlainan.

Khairul Faizi yang merupakan calon PAS DUN Mahkota menemui perkara itu ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.

Beliau membuat laporan di balai polis Kluang berkata para ejen mengesan perkara itu apabila mendapatai nama calon PAS untuk Nusa Jaya, Salahuddin Ayub di kertas undi tersebut.

Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.

Katanya, ejen pengiraan undi terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.

Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.

“Kami merujuk peguam dan memutuskan untuk membuat laporan polis kerana mengesyaki peti undi untuk pengundian awal bagi Mahkot, yang dimaterai dan ditempatkan di balai polis, mungkin telah diusik,” katanya.

Beliau menambah, ejen pengiraan berkenaan bagaimanapun tidak melihat sama ada kertas undi tersebut memihak kepada Salahuddin, yang tewas di kerusi Nusa Jaya kepada calon BN Zaini Bakar dengan 2,201 undi.

Comments

Anonymous said…
minta guna untuk failkan petisyen pembatalan bg dun Nusa Jaya.. report polis kurang berkesan
Adzam Shah said…
APA STRATEGI YANG DIGUNA BN UNTUK MENANG PRU13 DAN MENGEKALKAN KUASA


1. Decoy gangguan (tempering) di pusat-pusat mengundi Bandar dan hangat tetapi melancarkan taktik penipuan di pusat-pusat mengundi kecil dan kurang perhatian pembangkang. Keutamaan diberi kepada pusat-pusat terpencil dan pendalaman. Tindakan ini diambil kerana:
a. Sumber “pengundi” ramai dari warga asing yang bekerja di kawasan perindustrian contohnya seperti di Sg Siput dan Khantan Perak.
b. Sumber “pengundi” trump card juga dari kawasan pendalaman yang kurang terdedah kepada perjuangan PR dan tidak ambil kesah dengan hal negara. Yang penting bagi mereka ada makan, pakai dan tempat berteduh. Contohnya warga asal yang hanya diberitahu tentang mengundi 3 hari sebelum PRU13. Klip selamba Makcik warga asal tersebut disiarkan oleh TV pro BN.
(1) Makcik tersebut sudah berdaftar ke atau daftar in-situ
(2) Atau guna pukat tunda, sauk ramai-ramai dan pergi mengundi dan sudah tentu ditaklimat pangkah gambar-gambar calon BN.
(3) Berapa ramai dari berapa kampong orang asal digunakan cara ini?
c. Menggunakan rakyat yang terabai dari segi maklumat dan pengetahuan supaya mengikuti telunjuk atau diperdayakan untuk menjadi penyokong/ pengundi. Rakyat yang terabai ini menjadi reserve force untuk menambah penyokong dengan taktik BN.
2. Di tempat-tempat tiada calon Melayu, BN akan mainkan sentiment Melayu dan agama supaya memilih calon tajaan mereka dari Bebas atau Berjasa. Taktik pecah undi dijalankan.
3. SPR telah menggunakan data pengundi seperti No KP, nama dan alamat lalu memberikan kepada parti-parti sahabat SPR seperti UMNO, Berjasa, MIC dan MCA. Ini dapat diperhatikan di atas slip rayuan undi yang dihantar ke setiap peti surat taman-taman di Seremban oleh BN dan Berjasa di mana slip rayuan undi lengkap dengan No KP, nama dan alamat penuh pengundi.
4. Merancang tempering jumlah pengundian di pusat kiraan undi dengan cara mengadakan satu situasi “terputus bekalan elektrik” dan membolehkan pertukaran kertas undi kepada yang member kiraan lebih kepada BN.