AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

JADILAH AHLI PAS SEBAGAI BUKTI KITA MAHU TEGAKKAN KERAJAAN ISLAM

Dapatkan borang keahlian PAS di link ini. Sahabat-sahabat yang belum menjadi ahli PAS boleh download borang keahlian PAS ini. Isi dan serahkan kepada Pejabat PAS terdekat. 

Sahabat di Melaka boleh hantar ke Pejabat PAS di Semabok, Lebuh AMJ talian 062841780. 

Atau kepada PAS PAS Kawasan Bkt Katil depan Masjid Bukit Katil sebelah Kedai Jimat Kg Bukit Katil talian 062672239. 

Comments

Anonymous said…
Salam,

Saya nasihat jangan main sumbat sesiapa sahaja yang nak jadi ahli PAS. Bukan apa bimbang agen UMNO menyusup masuk dan merosakkan PAS dari dalam. Kalau ahli UMNO... beri mereka tempoh bertenang 6 bulan ke setahun... bimbang mereka hanya merajuk dengan UMNO, namun bila reda marahnya dia dah duduk di dalam PAS maka perangai UMNO akan merebak di dalamnya. Di dalam tempoh bertenang sentiasa mengajak mereka untuk menyertai aktiviti PAS yang umum untuk mendedahkan mereka dengan pendekatan PAS. Selepas tempoh bertenang, mereka masih berminat untuk menyertai PAS, maka terimalah mereka dengan hati yang terbuka. Ingat masuk PAS bukan seperti masuk Islam yang perlu disegerakan. Masuk PAS bermakna dia menyertai satu gerakan yang mempunyai matlamat untuk membangunkan sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai landasan pentadbirannya, perlu difahami dari satu fasa ke satu fasa yang lain sehingga dia benar-benar boleh dianggap aktivis/pejuang Islam melalui PAS.

Kepada yang telah menjadi ahli tarbiyah dan usrah jangan sekali-kali diringankan kerana itulah nadi untuk seseorang itu faham kenapa dia berjuang di dalam PAS. Namun banyak negeri, kawasan dan cawangan gagal melaksanakan perkara ini menyebabkan banyak gerak kerja PAS lemah malah boleh digugat dengan sedikit provokasi. Saya telah lihat semua ini... memang melemahkan PAS dan merendahkan jati diri ahli jika tarbiyah dan usrah lemah.

Sekian.