AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

AHLI PARLIMEN DAN ADUN PR TAK ANGKAT SUMPAH??

Perdana Menteri, Najib Razak mencabar calon-calon PR yang menang di kerusi Parlimen dan Dun supaya tidak mengangkat sumpah jika benar mereka tidak mengiktiraf PRU 13.

Najib berkata demikian pada ucapan beliau sehari dua ini. Kenyataan Najib itu diulangi oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang menggesa perkara yang sama.

Kita hendak bagi tahu Najib dan Ahmad Maslan bahawa, wakil-wakil rakyat PR akan tetap mengangkat sumpah kerana kemenangan mereka adalah kemenangan sebenar dan hakiki. Mereka yang menang ini sepatutnya menang dengan majoriti yang jauh lebih besar jika perjalanan PRU13 lebih teratur, telus, bersih, adil dan tiada penipuan. Malah beberapa kerusi yang PR kalah juga boleh dimenangi oleh PR jika pilihanraya benar-benar telus.

Contoh paling ketara pilihanraya di Malayisa tidak adil dan telus ialah sikap berat sebelah media yang langsung tidak memberikan ruang kepada PR untuk ke udara di stesyen TV atau Radio. Mereka hanya mahu beri 10 minit untuk terangkan manisfesto. Adakah itu adil???? SPR diam seribu bahasa dalam isu ini. Berlaku dakwaan hilang dalam masa satu hari dari jari yang dicalitkan oleh petugas SPR. Daftar Pemilih yang diragui di mana terdapat puluhan pengundi menggunakan alamat yang sama malah mereka itu berlainan bangsa. Malah banyak lagi kontroversi yang berlaku. Semua itu sedang dikaji dan maklumat terperinci sedang dikumpul.

Siapa boleh beri jaminan PRU kita telus???????????

Comments

cannonkapit said…
Apa kena mengena PRU13 dgn RTM n mass media perdana? PRU13 dikendali oleh SPR dgn telus dan teratur.Kemenangan calon2 Pakatan pun menggunakan prosidur yg sama spt dikenakan keatas calon2 BN.Tiada beza.

RTM tidak memihak kpd Pakatan dlm banyak hal sebab Pakatan sendiri memilih utk menyisih RTM.Utusan,NSTP,BH,etc yg pro-BN.HArakah n Roket hanya memuat berita calon2 Pakatan saja.Adil?

Bila kalah nak cari kambing hitam.Kemenangan di Penang,Selangor n Kelantan tak pula dipersoalkan kesahihannya.Adil?

Cukuplah dgn hati busuk Anwar,jgn hinggap di hati sdr.Baca juga blog2 yg tidak menyebelahi sdr.
Anonymous said…
cabaran tak bertempat masih tak mau terima perubahan dari rakyat