AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

ADUN BUKIT BARU UCAP TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi Dun Bukit Baru yang mengundi beliau pada hari pengundian 5 Mei lalu.

"Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan pengundi-pengundi Dun Bukit Baru yang mengundi saya dan kepada semua yang tidak mengundi saya mengharapkan mereka menerima saya sebagai Wakil Rakyat mereka bagi membawa suara rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Melaka".

"Mari sama-sama kita rapatkan saf kita dan bekerjasama bagi menyelesaikan apa juga masalah rakyat dalam Dun Bukit Baru tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama" tegas Khalid dalam kenyataannya di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil malam ini.

Khalid berkata beliau sedia berkhidmat untuk rakyat bagi menyuarakan apa juga masalah rakyat serta menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan negeri dalam apa juga perkara.

"Saya sebagai Adun dari PAS sudah tentu akan menyuarakan apa juga masalah yang dihadapi oleh lapisan rakyat, kebajikan rakyat semua rakyat, orang Melayu, orang Cina, orang India dan sesiapa juga" tambah beliau.

"Insya Allah dalam masa terdekat yang akan membuka pusat khidmat Adun Bukit Baru bagi menjadi One Stop Centre untuk rakyat mengadu hal dan masalah" ujar beliau.


Comments

Anonymous said…
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
Tiada kata yang mampu melahirkan kegembiraan melainkan pujian dan pujaan kepada Allah sahaja...

Tahniah buat pengundi Bukit Baru dan semua jentera PR negeri Melaka...

Cuma ana ada satu cadangan buat PAS Melaka... cadangan ini berbangkit setelah melihat apa yang berlaku kepada bekas YB Taufek Paroi NS. Kisahnya apabila ramai masyarakat dibawah DUN Paroi mohon pelbagai bantuan tidak dapat ditunaikan oleh YB kita kerana kekurangan dana/kewangan. Hasilnya masyarat DUN Paroi tak boleh terima YB taufek kerana kata mereka YB tak dapat membantu mereka. Oleh itu saya cadangkan supaya PAS melaka dapat mewujudkan satu tabung khas membantu YB baru kita dalam menyelesaikan pelbagai aduan masyarakat. Kita mohon kepada semua ahli kita menginfaqkan setiap minggu atau setiap bulan ke dalam tabung ini dan pelbagai derma daripada mereka yang simpati dengan perjuangan ini juga dimasukan kedalam tabung ini. Kalau setakat nak tukar atap 2-3 keping ker, tukar paip bocor ker... kita minta tolong ahli2 kita dengan peruntukan dari tabung tersebut...
Anonymous said…
Tahniah