AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

TAHUKAH ANDA SIAPA MENTERI BESAR YANG AKAN SERTAI PAS?

Menteri Besar yang akan menyertai PAS dalam masa terdekat ialah ..........siapa tahu???? Semua orang tidak tahu. Tetapi pimpinan PAS sudah tahu. Namun jangan yakin sangat kerana Umno sudah tentu akan mengambil apa juga tindakan bagi memastikan orang itu tidak akan masuk PAS.


Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bekas menteri besar  itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.

"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.


Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

Mungkinkah salah seorang dari mereka yang dalam gambar ini akan masuk PAS.

Comments

Anonymous said…
masuk pun takpa tak masuk tak ada apa2 perubahan jadi takpayah dok highlight sangat tentang mb2 yang ameno tolak tepi nih.
Anonymous said…
Hamid Pawan Teh???
Adzam Shah said…
Apa yang sebuk sangat bekas menteri besar masuk PAS? Akan menang kah PAS kalau penyangak ni masuk PAS? Tujuan beralih ke PAS pun atas dasar yang salah kerana "cantas mencantas" bukan sebab nakkan pemerintahan Islam atau perjuangan Islam. Jadi apa yang gahnya bekas menteri besar masuk PAS? Samalah macam bekas Jeneral masuk PAS atau PKR. Tak ada hasil