AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

POLITIK MALAYSIA JADI PESTA POLITIK LUCAH, FITNAH DAN PEMBOHONG

Politik Malaysia menjadi kotor, mual dan menjijikkan dek kerana ada parti politik yang menjadikan klip video prono, cerita porno, fitnah dan bohong mewarnai kempen mereka. Malah mereka diberi kuasa penuh tanpa apa-apa masalah untuk terus melakukan kerja-kerja terkutuk bagai tua kutuk tak sedar diri.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda yang dihidangkan dengan 'sajian' memalukan ini. Bagi warga emas dan tua mereka tersipu-sipu malu dan tidak percaya dengan apa yang mereka tengok. Mereka terkejut kerana sanggup puak-puak pencacai parti politik porno ini menayangkan klip lucah yang berat dan memalukan sebegitu.

Mana perginya maruah dan ilmu agama mereka sehingga benda yang haram ditayangkan di khalayak ramai tanpa segan silu. Apakah dengan sebab hendakkan undi mereka sanggup malukan agama, bangsa dan keturunan sendiri.

Mat Salleh dan negara-negara luar khususnya negara umat Islam pun tidak percaya dengan apa yang berlaku................Ayuh rakyat Malaysia bangkit ubah ubah, Ini Kalilah !!!!!!!!!!!

Comments

Anonymous said…
Kita berasa amat malu dan hina sekali akibat dari perbuatan segelintir manusia yg berhati syaitan tersebut. Negara secara tak langsung sudah diletakkan sebaris dgn negara-negara kafir yg membenarkan secara terbuka aktiviti-aktiviti pornografi ini. Ciri-ciri ketimuran kita sudah hancur musnah. Pemimpin-pemimpin telah mentadbir dengan cara yg tidak betul. Penat lelah guru-guru dan ustaz-ustaz mendidik anak-anak murid dgn nilai-nilai agama dan moral hanya sia-sia saja. Kita berasa amat sedih dan malu. Moga Allah memberi balasan setimpal atas perbuatan mereka. Aamin.