AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

BERAHIM KEMPUNAN, BN TAK HINGIN PADANYA

Presiden PERKASA(m) Ibrahim Ali kempunan tidak terpilih sebagai calon BN untuk mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.

BN pun tidak 'hingin' pada beliau kerana semua orang sudah tahu perangai dan stail politik beliau. Nampak gayanya terpaksalah Berahim bertanding bebas kalau benar-benar ingin bertanding sebagai anak jantan. Setakat ini Berahim Lompat masih senyap tidak mengeluarkan kenyataan lagi.

Nampak jelas semua orang sudah tidak percaya dengan Berahim .........

BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal bertanding sebelum ini. 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sendiri secara terbuka berharap Ibrahim dipilih sebagai calon BN. Beliau malah sanggup turun berkempen di Pasir Mas sekiranya langkah itu diambil.

Sementara itu, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa pula di Ketereh.

Datuk Seri Dr Awang Adek Husin sekali lagi dicalonkan di Parlimen Bachok.

Comments

Anonymous said…
Kesiaaaan....cubalah pegi jumpa TGNA sekali lagi merayu untuk bertanding guna lambang PAS...manalah tahu kan... Orang camni kena sesah dengan penyapu baru padan muka dia....