MENGAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP, TOLAK UMNO

Ramai kawan-kawan yang bertanya kepada saya mengapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Mereka berkata ramai yang bertanya soalan tersebut dan ianya gagal dijawab oleh mereka.

Secara mudahnya ingin saya nukilkan sedemikian:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.

DAN BANYAK LAGI ..........

Kalau kita lihat dari sudut agama dan siyasah syar'iyyah :-

1) Majlis Syura Ulama' PAS telah bersidang dan meluluskan Tahaluf Siyasi itu persefahaman politik antara PAS dan DAP serta PKR selagi ianya tidak menjejaskan Islam. Ini ditegaskan oleh Presiden PAS baru-baru ini bahawa sehingga kini PAS yakin tidak satu pun kepentingan Islam terjejas dengan persefahaman ini.

2) Nabi Muhammad S.A.W pernah mengadakan persefahaman dengan orang bukan Islam, Nabi pernah menandatangani Perjanjian Hudaibiyyah, menerima ketaatan umat Yahudi di Madinah sebaik sahaja baginda menjadi pemerintah Madinah. Malah orang bukan Islam menjadi penunjuk jalan yang selamat kepada Baginda ketika baginda berhijrah dari Mekah dan Madinah.

3) Dasar Umno yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan; Al Qur'an dan Sunnah serta Ijmak dan Qias sebagai rujukan dan panduan tidak selari dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

.............dan lain-lain.

Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada teman-teman hamba.

Nukilan: Haziq Danial Fauzan, Melaka 16032013.




Comments

Anonymous said…
Sayang sungguh kepada DAP.
Sanggup buang persaudaraan sesama Islam.
Perjuangan PAS sudah melebihi 50 tahun, tapi tidak mampu ke Putrajaya.
Kenapa?
kerana mengabaikan persaudaraan sesama Islam yang jelas terdapat dalam Al-Quran dan As-sunnah.
Bacaan setakat HalQum yang tidak dapat diterjemahkan di alam realiti.
Anonymous said…
Wrong? Totally wrong. Who killed the Malays, burnt down mosque in the 13th May 1969 tragedy. Ah malas nak hujah lah, bodoh bangang betul penulis ni. Puih....
Anonymous said…
Kalau ko tak faham mari aku tolong jawab

1) Kes nik aziz beri tanah di kelantan kpd pemimpin dap perak tu untuk tukaran lantik nizar sbg menteri besar perak tu bukan penyelewengan???.Cakap je berdegar-degar

2) Bukan ke PAS yang buang pelaksanaan hudud dalam perjuangan/manifesto kerana mendapat bantahan keras dap dan pkr...Selama pas perintah kelantan, pernah perintah terengganu dan kini kedah dalam genggaman ada buat hudud. Jgn dalih kata kerajaan persekutuan tak benarkan. Ada usaha2 jitu?? Bukankah Azizan dan Nizar pernah cakap hudud tidak menjadi keutamaan,..cakap je berdegar-degar.

3) Dulu ibrahim libya perang dengan kerajaan kerana berjuang nak tubuh negara islam. Tiba-tiba presiden pas kata negara islam tiada dalam quran, so mati apa tu. Jawabnya mati katak, mati bughah, mati penderhaka.cakap je berdegar-degar.

4. Memang dap tak roboh masjid sebab belum berkuasa penuh. sekarang kat penang nak baca tarahim sebelum subuh sudah tidak dibenarkan. Bayangkan kalau dapat kerajaan persekutuan?? Masjid dirar wajar diroboh oleh pemerintah umno kerana menyebabkan perpecahan.cakap je berdegar-degar.

5) Setakat ceramah fitnah dan caci maki sesama islam memang sangat wajib diberhentikan. Penceramah lulusan dari manapun bukannya maksum, mereka semua manusia biasa yang tidak akan lepas daripada perangkap iblis dan syaitan. Jangan kata balik mesir tak buat dosa.cakap je berdegar-degar.

6) DAP dan pkr suka sangat kalau tidak ada isa sebab boleh gunakan rakyat untuk mengharubirukan keamanan negara. Lhat apa jadi dengan demonstrasi sesat tu, menyusahkan orang awam dan mengganggu periuk nasi orang lain. hapuskan isa supaya senang buat perkara-perkara yang salah. cakap je berdegar-degar.

7) DAP pernah bagi tanah kepada cina untuk tempoh 999 tahun, untuk berapa generasi tu???cakap je berdegar-degar.

8) DAP memang tak suka kalau orang melayu boleh berbahasa inggeris tapi anak2 mereka sebahagian besar boleh berbahasa inggeris. PPSMI menyebabkan anak2 melayu di kampung2 juga boleh berbahasa inggeris. dap mana suka orang melayu boleh berbahasa inggeris??cakap je berdegar-degar.

9) Tolong sedar apa yang dap buat pada orang melayu di pulau pinang. Kalau peniaga melayu langsung tak ada chance nak berniaga di kaki lima tapi kalau orang cina tak apa. dap juga bina rumah di kawasan2 melayu dengan harga jualan RM400 ribu, ko boleh beli ke..cakap je berdegar-degar.

10) Setia tengkorak ko, tengok isu kalimah ALLAH,..cakap je berdegar-degar.

11) Dulu bagi fatwa bergabung dengan orang kafir maka kita jadi kafir sekarang boleh pulak,..tahalluf siasi konon,..memang ajaran sesat,.cakap je berdegar-degar.

12) Nik aziz dah kata dengan syaitan pun sanggup bergabung ini kan sama manusia cuma kafir harbi je,..cakap je berdegar-degar.

13) Dalam kes perlantikan khalifah islam yang pertama, bukankah saidina kata orang arab yang patut jadi khalifah berbanding aus dan khazraj,..memeang ko ni buta sejarah,..cakap je berdegar-degar.

14) Bab royalti ni kalau ko buta undang-undang tak payahlah duk merapu meraban tak tentu fasal. Baca undang-undang tu dulu dan fahami betul-betul apa kandungannya,..cakap je berdegar-degar.

15) Oleh kerana tidak belajar ekonomi maka kemampuan berfikir bagi memahami apa keuntungan dari segi ekonomi bagi projek-projek tersebut telah tidak dapat ditanggap dengan sebaik-baiknya, maka bila berckp banyak maka org akan faham bahawa kita ni jahil rupanya,..aku tak bodoh tu,..cakap je berdegar-degar.

16) Ye lah tu,..percaya dengan kafir laknatullah,..bagi aku mana ada syaitan nak tolong islam kecuali digula-gulanya kita,..itupun tak boleh faham ke,..cakap je berdegar-degar.

DAN BANYAK LAGI kemungkaran pas dan kebejatan sekutu-sekutunya....
Anonymous said…
Kesian
org pas semua bodoh, bahlol, bangang. Tak tau beza agama..
Org pas dah murtad ke
... dalil yg paling bodoh
teratailiar said…
Salam tuan blog

dah agak lama x komen kt blog kwn2...

kpd anon2 kt atas...

baca posting dulu

lepas tu br komen...

jgn mcm bos hang pa

x de fakta

takut nak berdebat...

tau2 keluar fatwa baru

7 dosa besar...

kah kah kah

sahibul samahah, ass syeih, al ostad al haji al mongoliani

kah kah kah
Mejar (b) said…
Anon 0330&anon2146.

Nanti lau ade org tu ajak kawan ngan nko,pastu die rompak nko ambik hak nkonpastu fitnah nko berterus terusan selama 50 tahun..tapi org tu org yg mengaku die islam..so ape nko akan buat?

Think..think..think..
Anonymous said…
memang dah baca semua, tapi masih rasa amat janggal... ada ke DAP tu dah berkuasa sanggat sampai tindakan mereka boleh dibandingkan dgn UMNO/BN?. kalau bandingkan UMNO dgn PAP kat singapore tu boleh lah jugak diterima.
Untuk makluman Admin, secara peribadi, saya merasa kesemua perbandingan yang anda buat adalah tidak adil, umpama membandingkan rambutan dgn apple. Kalau kita kata MNLF tak zalim tapi kerajaan Filipina tu zalim... boleh terima ke? MNLF memang tak zalim sebab dia bukan pemerintah....
Bro Yusri said…
itulah yg PAP cakap masa kempen kat singapura dulu. tapi bila dah dapat habis org bukan cina kelaut.

http://singaporedissident.blogspot.com/2012/03/singapores-betrayal-of-non-chinese.html
Anonymous said…
puak umnogok main bedal aje fakta yg digunakan tak betul tapi nak berhujjah... ada ulamak kata.." berhujah dgn orang bodoh susah...lagi susah berhujah dgn orang bodoh sombong.. tapi paling susah dgn orang yg khayal dlm lamunan kebingongan sendiri..
Anonymous said…
Slm.sedihnya tgk statement tuan. Sy x phm knape perlu pas bgabung dgn dap. Sy x nmpak yg pas perlu bgabung.. Pas ad kekuatan yg jitu iaitu pjuangan meneggakkan Islam.. Sebal hati sy mlihat ia bgandingan dgn dap yg menidakkan kepentingan islam. Sy bkeje dlm.minority melayu islam yg planggan sy smuenya bbangsa dap..rakan skerja..walaupun mereka mnyebutnya scara bgurau mreka mmg maksudknnye.. Mereka menolak kepentingan azan.. Mreka mgasak sy yg lmah dgn ptanyaan knape perlu azan kerap n kuat..glaran morning call utk azan pg. Mreka mmpertikai cukai yg dibayar tidak kira rezeki halal atau haram yg mreka yakin disalurkn utk mbina masjid2.. Jenuh juga sy yg lmah ini mnerangkn bahawa pembinaan masjid n apa2 yg bkaitan islam sumbernyer perlu jelas dn halal ini blum lg iltizm mereka utk mhapuskn kpentingan bumiputera... Sbenarnyer kjaan byk blembut dgn mreka... Mmg or mlayu islam yg mkn rasuah..tp yg mberi rasuah adlah majo dr parti n bangsa ini..krn apa..merka tiada halal n haram.. Ekonomi kita mmg dikuasai mrrka...sbb itu tuan akn dpt lihat kbanykn pnyokong tegar umno..mahupun pas (sblm pas bgandingan dgn dap) adlah dr kami yg bkerja di bwh mreka..mnumpang di negara sdiri. sebal n sedih x tkira bila mlihat pas bgabung dgn mereka yg praktikalnya mnidakkan islam. Bagaimana harus kami memilih pas sdgkn gabungannya adlh dr kalangan mereka yg bakal mhumban islam. Tuan bcakap dap tidak pernah mlakukan pkara ini bukan..sbb mreka tidak mnguasai pemerintahan skrg.. Dn pengikut2 mreka bcita2 tinggi agar 1 haru pm adlh dr pihak mrrka..sy tidak dpt info ini dr mane2 pihak.. Tp inilah iltizam mreka yg sy dgr dr rkn skerja mahpun pelanggan sy dr glgn mrreka. Sebal hati sy bila pas mmlih bpihak pd dap...sungguh sy sesal..
Anonymous said…
Terbaikkkkk
Anonymous said…
Dalam Al-Quran dah ada, Allah cakap "Janganlah kamu berkerjasama dengan orang kafir".