AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

TAKZIAH BUAT SAHABATKU

Blog ini mengucapkan takziah buat Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Saudara Roslan Zainal di atas pemergian menantu beliau ke Rahmatullah awal pagi ini.

Anak dan menantu beliau koma selepas terlibat kemalangan kereta berhampiran R&R Benta, Kuala Lipis kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Kedua-duanya kritikal dan koma selepas kereta jenis Toyota Avanza dinaiki mereka, terbabas lalu melanggar kereta lain dipercayai akibat jalan licin kerana hujan lebat sepanjang hari.

Turut menziarahi di hospital ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jenazah Allahyarham yang berasal dari Sabah, dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berchang selepas Zohor hari ini.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin. Al Fatihah.

Comments