AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PAS KELUAR PR JIKA ISLAM RUGI, UMNO TAK KELUAR BN WALAUPUN MCA HINA HUKUM ISLAM DAN HUDUD

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan tegas menyatakan PAS akan keluar dari PR jika kerjasama itu merugikan Islam.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaputama pada Himpunan PAS Ganti Umno 7.0 di Kampung Banggul Peradong, Kuala Terengganu beberapa hari lalu. (Klip Video)

Persoalannya ialah Umno masih terus di dalam BN walaupun MCA sudah berkali-kali menghina Islam dan hukum hudud. Mana ketegasan Umno ..........Melayu sudah lama dipinggirkan BN, Islam dihina dan dicabar oleh MCA secara terang-terangan.

Mana pemimpin Umno sila jawab??????????


Comments

penjual bunga said…
kenyataan bangang yang tak patut keluar dari seorang pemimpin yang di lihat cerdik.
Anonymous said…
Saya bukan pemimpin UMNO atau ahli UMNO. Saya orang Serkam.. Pengundi atas pagar bagi Datuk Ghazali vs Ustaz Kamaruddin.

Berani ke PAS keluar ISLAM?? dah berapa kali DAP kenakan ISLAM tapi semua pemimpin tertinggi PAS dok pusing sana.. pusing sini... PAS Melaka lagi tak nampak peranan.. maaf saya tak kenalpun pimpinan tertinggi PAS Melaka kecuali Ustaz Kamaruddin kerana pernah hadiri ceramah politik PRU12.

Dulu masa Barisan Alternatif, DAP keluar Barisan sebab tak sokong negara ISlam. Sungguh berpendirian DAP hingga pengerusinya sanggup suruh langkah mayat dia dahulu ditujukan kepada rakan sekutu sendiri. Kita PAS tak gamak nak kecikkan hati mereka tapi mereka?? Nampak seperti hakikatnya PAS tak berani pun dengan DAP dan PKR. Saya sebagai Islam sangat mengharap PAS ketuai PR.... dan tegakkan Islam walaupun ditentang sekutu sendiri. Tiada yang benar kecuali Islam. Kalau tidak mungkin saya tidak mengundi PRU 13 ni. Maaf.