AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

CALON BERINTEGRITI : UMNO NAK TIPU RAKYAT LAGI

Tiba-tiba Umno bercakap soal calon yang berintegriti. Kononnya Umno hendak buktikan parti itu serius menjaga integritinya dengan menyahut cabaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar nama calon bagi tapisan pihak berkenaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, apa yang dilakukan oleh Umno adalah tuntutan biasa seperti pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Tetapi sedarkan Umno bahawa rakyat sudah muak dan mual dengan helah dan kenyataan pimpinan Umno. Jika Umno benar-benar serius untuk memastikan pemimpinnya berintegriti dan telus mengapa mereka masih membiarkan pemimpin yang terbukti rasuah memegang jawatan-jawatan dalam kerajaan.

Mengapa Umno masih membiarkan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam meneruskan tugasnya sehingga ke hari ini. Macamana pula dengan Isa Samad yang bukan sahaja dipilih semula sebagai Adun malah diamanahkan menguruskan 'lubuk duit' Felda. Bukankah kedua-duanya telah dibuktikan mengamalkan rasuah. Mereka berdua juga tidak pernah dibicarakan di mahkamah.

Bagaimana pula dengan Shahrizat dan lain-lain pemimpin Umno.............sudahlah Tengku Denan tak payahlah hendak bercakap nanti rakyat semua gelak pada kamu ..................

Comments

Adzam Shah said…
Seperti komen se kek blog lain, tu ceito nak melalaikan PR jo. Lopeh ni baru buka ceito calon PR takdo integriti (ontah apo bondo eh) Membuak semangat SPRM buek siasatan.