AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

MUFTI PAHANG BAKAL KENA PECAT?

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (gambar) bakal kena pecat kerana berani mengeluarkan hukum bahawa haram dan berdosa bagi umat Islam yang menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

Kalau begitu antara parti yang terang-terang menolak hukum hudud ialah Umno dan MCA di mana pemimpin-pemimpin parti tersebut secara jelas menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan malah ada yang menghina hukum Allah tersebut.

Adapun DAP, walaupun pengerusinya Karpal Singh menyatakan tidak setuju dengan negara Islam dan hukum hudud tetapi ianya masih boleh dibincangkan dalam PR seperti katanya semasa konvensyen PR ke 2 tidak lama dahulu.

Syabas diucapkan kepada Abdul Rahman yang juga merupakan orang Tanjung Kerayong, Temerloh yang berani berkata benar walaupun pahit. Jadi umat Islam kena patuh kepada 'fatwa' Mufti Pahang ini maknanya haram dan berdosa menyokong parti-parti yang menentang negara Islam dan hukum hudud.

Tidak lama lagi mungkin Mufti ini kena pecat atau dipencenkan awal.............

Kes mufti kena pecat ini pernah berlaku di mana Allahyarham Ustaz Ishak Baharom pernah dipecat kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan kemarahan pemerintah.


Comments

XUMNO said…
Kesian kawan ni.Buat fatwa bodoh konon nak bodek Najib dan BN. Kan dah terkecing dalam seluar(jubah).Oi Tok Peti, tak pernah baca atau dengar berita atau majalah ke?Parti yang terang2 kata tak mahu Hukum Hudud ialah UMNO, MCA, MIC.UMNO dari Tunku sampai ke Najib terang2 kata tak mahu Hudud, Malaysia negara sekular lah, Hudud ketinggalan zaman dan zalim lah. Oh ya, teringat soalan yang ditujukan kepada Tok Peti dulu, apa hukum raja/sultan berjudi...sampai hari ni senyap ye.
kampong lad said…
dia maksud sokong dap la.....sokong umno/mca/bn wajib.