AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

HUDUD : MANA LEBIH BAIK AYUB MASUK PAS ATAU MCA KELUAR BN?

MCA menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat meninggalkan Umno dan menyertai Pas jika ingin melaksanakan hukum hudud di Johor seperti yang dicadangkan beliau.

Setiausaha Penganjur Nasional MCA, Datuk Tee Siew Keong(gambar) berkata, Ayub seharusnya lebih sensitif mengenai pendirian MCA berhubung perkara terbabit sebelum melontarkan ideanya.

“MCA percaya bahawa ini adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian Umno atau Barisan Nasional.

“Jika beliau serius mahu hudud dilaksanakan di sini, mungkin dia harus meletak jawatan dari Umno dan seterusnya menyertai Pas,” katanya pada sidang akhbar di Kelab Media Cina Selatan di Johor Bahru semalam. Kenyataan beliau ini dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini.

Siew Keong berkata, pandangan Ayub tidak mencerminkan kenyataan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengenai hukum hudud belum boleh dilaksanakan kerana kepelbagaian kaum dan berbilang agama di negara ini.

Bagi kita MCA perlu mengkaji pandangan dan kenyataan Ayub dan Najib sebelum ini. Kalau benar MCA menentang hudud yang sememangnya sebahagian dari hukum Islam, maka MCA sepatutnya keluar dari BN yang ditunjangi oleh Umno. Ini kerana Umno sering mengaku mereka adalah Parti Islam yang mendaulatkan Islam. Jika MCA menentang hudud malah pernah menghina hudud maknanya MCA menentang Islam dan tidak menghormati Islam. Sudah tentu ianya bercanggah dengan kenyataan pemimpin Umno yang sering mendakwa Umno adalah parti yang memperjuangkan Islam.

Jadi mana lebih baik Ayub Rahmat MASUK PAS atau MCA keluar BARISAN NASIONAL?????

Comments

SKR said…
Mohon buat pautan blog:

http://rizuwankini.blogspot.com

Terima kasih