AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

UGUTAN PELURU : KALAU DAH PENGECUT, PENGECUT JUGA

Ketua Pengarah Unit Amal Malaysia, Juhari Osman menerima surat ugutan yang berisi peluru semalam. Beliau menerimanya melalui surat yang dihantar melalui pos di rumahnya di Taman Ayer Molek, Melaka.

Siapalah penghantarnya?

Tidak lain tidak bukan pengirimnya sudah tentu :-

1) Orang yang tidak suka kepada Juhari
2) Orang yang tidak suka kepada Bersih 3.0
3) Orang yang pengecut dan penakut
4) Orang yang suka Pilihanraya Kotor
5) Orang yang suka parti Kotor
6) Orang yang tidak suka kepada Unit Amal
7) Orang yang pengotor

...... dan sebagainya. Agak-agaknya siapakah orang yang boleh dikaitkan dengan fakta di atas. 

Juhari tidak ada musuh peribadi. Juhari seorang budak baik, sopan santun dan sentiasa tenang dan 'cool'. Mana mungkin beliau ada musuh. Hanya orang suka Kotor dan pengecut saja yang melakukan kerja hantar surat ugutan dan peluru ini. Orang berani tidak akan melakukan perkara ini.Orang berani, dia berani untuk bersemuka dan berbincang atau berdebat bukannya hantar surat layang dan ugutan beserta dengan peluru.

Saya yakin Juhari berani untuk berdebat dengan siapa sahaja dalam isu keselamatan semasa Bersih 3.0.

Comments

JAKA said…
yg pasti orgnya pondan sebab hantar peluru guna pos..antar lah by hand.

kalau berani hantarlah dgn pistol2 sekali.

ini membuktikan politik malaysia semakin kotor dan sangat perlu dibersihkan.

kpd pejuang sekelian, betulkan niat berjuang kerana Allah supaya hidup dan mati mu barkat.

jika ditakdirkan dibunuh kerana menegak kebenaran, mudah2an syahid hendaknya.

biarkan golonga thoghut dgn cara mereka. tak kemana nya kat dunia ini buat jahat.

satu masa mereka tua juga dan mampuiihh.