AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

SPR PERBODOHKAN RAKYAT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, keputusan tinjauan bahawa 92 peratus rakyat Malaysia hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya mungkin disebabkan "mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan".

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga berkata, soalan yang dikemukakan dalam tinjauan itu terlalu umum dan terdapat kecenderungan bagi mendorong menjawab "ya" bagi soalan yang dikemukakan.

Terbukti Wan Ahmad cuba memperbodohkan rakyat dengan menyatakan rakyat mungkin tidak taju tentang apa yang disoal kepada mereka dalam kajiselidik itu.

Beliau seolah-olah merasakan bahawa rakyat buta maklumat dan tidak tahu apa-apa tentang daftar pemilih sedangkan media cetak dan media internet heboh memperkatakan kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh SPR khususnya daftar pemilih yang kotor dan mengelirukan.

Malah mahkamah pernah membatalkan suatu keputusaan pilihanraya iaitu Likas hanya kerana masalah daftar pemilih.

Ternyata SPR tidak ikhlas dan sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga dari segala teguran dan cadangan pihak lain bagi menambahbaikan daftar pemilih dan hal-hal lain khususnya cadangan BERSIH 3.0

Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini - sehingga sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 - menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum.

Comments

Anonymous said…
Salam Tuan,

Saya rasa pihak PR semacam selalu di pihak defensif. Kena fitnahlah, kena ejeklah. Ini perkara biasa dalam perjuangan.

Bak kata Cek Det, hanya org pandai saja yang masuk PR atau PAS, yang bodoh masuk UMNO.

Saya rasa why not pihak yang bijak dalam PR buat sesuatu yang lebih praktikal, seperti adakan kelas tuisyen contoh matematik, kelas memasak kepada umum. Atau seminar mengenai kerjaya. Atau pertandingan puisi, Pak Samad Said jadi jurinya. Ini lebih menarik perhatian rakyat.

Kalau setakat ceramah AI yang isinya serang Najib, kena belasah di penjara, jumpa Pm Turki dll, maka ianya tidak banyak membantu, bahkan agak membosankan.

Mungkin cari lebih banyak aktiviti kemasyarakatan yang lebih strategik dan lebih praktikal.

Hanya pandangan penyokong PR.