AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PESERTA BERSIH 3.0 MESTI SERAH DIRI SEBELUM RABU, BAGAIMANA DENGAN POLIS GANAS BILA NAK TANGKAP?

Polis masih menunggu 120 peserta, perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas, yang disiarkan wajah mereka dalam media, untuk menyerah diri sehingga esok.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata sehingga semalam, 21 peserta terbabit ditahan dengan sebahagiannya menyerah diri kepada polis dan ada yang ditahan di rumah mereka.

Beliau berkata secara keseluruhan polis telah menyiarkan 141 gambar wajah demonstran yang dipercayai terbabit dalam rusuhan di Dataran Merdeka itu. 


Persoalannya kini, bagaimana pula dengan Polis yang menyepak, memukul, menerajang, 'flying kick', lempang dan sepak peserta Bersih 3.0. Adakah mereka juga ditangkap dan didakwa? Sehingga kini tidak ada langsung komen dari Taukeh 'Samseng' yang memukul peserta Bersih 3.0 ibarat memukul dan membantai binatang.

Comments

pena marhaen said…
Hishammuddin kata dah ada polis serah diri tapi tak berani nak reveal, rakyat pulak setiap hari terpampang muka di dada akhbar..kalau benar buktikanlah..