AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

NAJIB NAIK MINYAK SEMALAM


Perdana Menteri, Ah Jib Gor benar-benar naik angin semalam. Ketika menyampaikan ucapannya di Jengka 8, Pahang, Najib dua kali menyebut perkataan HARAM JADAH, satu perkataan biadap dan kurang ajar. Perkataan itu ditujukan kepada pembangkang yang dituduhnya menjadi pengacau Felda sejak kebelakangan ini.

Kita tidak tahu mengapa beliau naik minyak semalam. Sebagai Perdana Menteri kita harap Najib tidak lagi menggunakan perkataan kurang ajar itu, lebih-lebih lagi ucapan beliau disiarkan secara langsung ke seluruh Malaysia. Semua lapisan rakyat mengikuti ucapannya. Alangkah tidak baiknya jika budak-budak kecil mendengar ucapan tersebut, mungkin mereka akan mengikut jejak langkah Najib dengan perkataan itu. Najib seorang Perdana Menteri bukannya Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Rancangan (JKKR).

Ada juga pihak membuat telahan bahawa Najib naik minyak kerana tidak puashati dengan pemasangan bendera gergasi bersaiz sangat besar dan bendera-bendera  PAS bersaiz lain  di sepanjang jalan utama di Jengka yang dilalui Najib untuk ke tempat program iaitu di Jengka 8.

Najib sudah tentu elergik dengan bendera PAS yang besar itu, jangankan yang besar yang saiz kecil pun silau matanya memandang. 

Untuk rekod Jengka bukanlah kubu kuat Umno/BN kerana PAS pernah menang pada PRU 1999 melalui calonnya Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Pada PRU 12 dahulu pun Wakil Rakyat BN, Wan Salman Wan Ismail hanya menang dengan majoriti kira-kira 500 undi sahaja mengalahkan Tuan Ibrahim.

Kali ini dengan perkembangan anak-anak generasi kedua dan ketiga yang lebih terbuka minda mereka, BN dikira menghadapi jalan sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Comments

Anonymous said…
naik minyak tu sebab di geram sangat, duit dah banyak habis , skala penyokong nampaknya masih mendatar .jadi dia macam dia tension gitulah gamaknya.... separuh sedar... bagi aku ..tindakannya kali ini lagi bodoh ...mencuri hak orang lain ..membahagikan kepada sekumpulan orang untuk kepentingan peribadi mungkin membuat undi yang diharapkannya akan semakin kurang kerana masih ramai pihak yang belum berpuashati kerana mereka di anak tirikan..umpamanya para nelayan pun nak juga RM 15 k tu, para peniaga yang bekerja mencengkam mata dan selalu tertindas oleh berbagai peraturan bayaran dan sebagainya rasa tak adil juga sedangkan pihak tertentu senang senang dapat durian runtuh dan tak diberi tekanan....aku rasa jika senagai bapa..intitusi keluarga yang di tadbirnya akan hancur ...atas tindakan begini...so ..tengok ajelah... nampaknya pertanda pilihanraya lambat lagi lah...kalau dia membuat tindakan tindakan begini lagi....
Anonymous said…
kabarnya 10hb Mei akan mengadap Agung, ada apa-apa kot akhir mei atayu awai jun
carles puyol said…
Mentri wanita dah gila meroyan. Habis kluar smua darah nifas jantannye. Tu yg smpai sumpah seranah ckp benda x elok depan khalayak ramai.....kahkahkahkah!!!