AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

ADA 9 ORANG LAGI WAN AHMAD WAN OMAR, JANGAN TIPU ....


Terdapat 10 orang ahli Umno yang bernama Wan Ahmad Wan Omar. Seorang dari Wan Ahmad Wan Omar dari Kelantan telahpun membuat kenyataan bahawa nombor Kad Pengenalan yang didakwa Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution adalah kepunyaannya bukan Wan Ahmad SPR.

Namun semalam, Saifuddin menegaskan mengikut carian database keahlian Umno ada 10 orang yang bernama Wan Ahmad Wan Omar. Seorang sudah mengaku, jadi ada 9 orang Wan Ahmad Wan Omar yang menjadi ahli Umno.

Saifuddin berkata beliua menunggu kenyataan Wan Ahmad SPR mengenai isu ini.

Menurut Saifuddin Wan Ahmad tidak boleh berdolak dalik lagi kerana Wan Ahmad SPR dengan jelas mengaku bahawa beliau mungkin didaftarkan oleh orang lain sebagai ahli Umno dan ini disiarkan oleh media sebelum ini.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang seterusnya menegaskan beliau sanggup menunggu kenyataan 9 orang lagi Wan Ahmad Wan Omar. Kita tengok nanti apa kesudahan cerita ini. Tetapi apa yang penting ialah kredibiliti dan imej Wan Ahmad Wan Omar boleh dipertikaikan, Kalau di negara barat sudah lama Wan Ahmad Wan Omar dan Abdul Aziz Yusof letak jawatan.

Namun budaya di Malaysia kalau sudah dibuktikan bersalah sekalipun seseorang itu tetapi tiada maruah terus mahu memegang jawatan yang disandangnya.

Comments

Anonymous said…
orang pas dengan pkr memang suka wat bodoh sokmo.. senang je sebenarnya nak cek wan ahmad itu.. dia kata dia orang ganung.. ic dia mestilah tengah 11.. daripada baki 9 orang yang ada tue.. berapa orang ic dia tengah 11. benda mudah pun pudin jerawat suka wat keliru..