AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

Shamsul CABAR JAMIL KHIR BERDEBAT

Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Menteri Agama Umno, Jamil Khir Baharom berdebat dengannya dalam isu berkaitan qazaf di Mahkamah Tinggi Syariah.

"Saya cabar Menteri Agama Najib, Jamil Khir berdebat dalam isu berkaitan qazaf bagi menyelesaikan dakwaan yang menyatakan Jamil menahan menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke Mahkamah Syariah."


"Mahkamah Tinggi Syariah sudah setaraf dengan Mahkamah Sivil, dan tidak sepatutnya Jamil menggunakan kuasa sebagai menteri agama menahan dari kes ini dibicarakan" ujar Shamsul.


Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PKR Cabang Bukit Katil di Taman Sin Hoe, Bukit Baru malam tadi.


Kenyataan balas Shamsul tersebut dibuat bagi menjawab kenyataan media Jamil Khir hari ini yang memberikan masa 14 hari untuk beliau menarik balilk kenyataan yang beliau buat pada siaran rancangan Bicara Rakyat di TV1 2 hari lepas.


Media semalam melaporkan bahawa Jamil Khir memberikan kata dua kepada Shamsul, sekiranya dalam tempoh 14 hari, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada Shamsul seperti yang diminta itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, kenyataan oleh Shamsul itu dikeluarkan secara terbuka menerusi program siaran langsung Bicara Rakyat di TV1 semalam dan ia merupakan fitnah kepadanya di samping membohongi seluruh rakyat Malaysia.

"Ia merupakan satu pembohongan yang amat tidak wajar kepada saya dan bukan sekadar itu...difitnah dan juga dimalukan dengan kenyataan yang telah beliau (Shamsul) keluarkan dan bukan hanya soal saya tetapi pembohongan ini dibuat di dalam TV yang disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia," katanya.

Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ketujuh Pertubuhan Pergendangan Silat Daerah Yan di Gelanggang Silat Gayung Rumah Shaari Man di Simpang 3 Sungai Daun dekat Yan.

Comments

Nazaruddin said…
Owh.. rupanya tau jugak menteri jaga agama 1Malaysia ni berasa MALU.. ingatkan muka tak tau malu! Habis tu ko ingat tiap-tiap hari surat khabar dan TV dok fitnah dan caci maki DSAI tu... di takde perasaan ker? Anak bini dia takde perasaan ker? Ahli keluarga dia takde perasaan ker? Nampak sangat dia ni jenis jaga perut dia jerr... kalau mcm tu tak jadi menteri pun xper.
Puteri said…
Bicara Rakyat di TV1 tu Siaran Langsung ke? adehhhh....statement tu kategori mana lak?

Tapi maaf ler sebab kawan tak tengok TV1...kawan hanya lihat YouTube je, cuma ikutkan pengalaman YB Tian CHua, Bicara Rakyat ni slot Rakaman, bukan siaran langsung....

ke camna?