AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

Pra-BERSIH 3.0 MELAKA BERJAYA TARIK SOKONGAN RAKYAT


Program Pra-Himpunan Bersih 3.0 anjuran Pakatan Rakyat Melaka semalam disifatkan amat berjaya. Program yang bermula pada jam 5.00 petang semalam di Stadium Bukit Serindit dekat sini disertai oleh kira-kira 300 orang penyokong PR dan NGO.

Antara pengisian program tersebut ialah pengedaran risalah Bersih 3.0 kepada orang ramai yang beriadah di kawasan tersebut. Para peserta juga memegang belon bewarna kuning dan melepaskan belon tersebut ke udara sebelum berakhirnya program tersebut.

Program tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi DAP Negeri, Goh Leong San; Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Koordinator Bersih 3.0 PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta pimpinan PR peringat negeri, parlimen dan cawangan.

Dari tinjauan wakil Harakahdaily semalam rata-rata rakyat yang menerima risalah yang diedarkan dengan hati terbuka tanpa sebarang tentangan. Ada juga yang tidak tahu apa itu Bersih 3.0 dan apa tujuan perhimpunan itu diadakan.

Sabtu lalu, beberapa NGO telah mengadakan satu himpunan pra-Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan Bandar Hilir yang dihadiri oleh kira-kira 50 orang peserta.

Comments

Anonymous said…
Saya harap pihak Bersih 3.0 dan PR, mestilah ada orang yang pakar marketing atau strategik.

Kalau masih ada rakyat yang tidak tahu apa itu Bersih, maka mesej Bersih masih gagal, kerana ianya hanya dikeetahui oleh anak-anak muda, orang middle income, bukannya pak cik mak cik makcik di kampung, yang asyik disumbat telinga dengan TV3, RTM dan akhbar pemfitnah.

Pihak atasan PR, kena peka dengan kelemahan ini. Kalau ini sudah lemah, tidak mustahil orang-orang di hulu Sarawak Sabah pasti akan sokong BN lagi. Sebab mereka tidak tahu menahu tentang Bersih.