AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

MULIA ADIK : SANGGUP KORBAN DEMI ABANG


Mulia dan tulusnya seorang adikl apabila sanggup mengorbankan dirinya sendiri untuk kesihatan abang kandungnya sendiri. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham di atas pengorbanan jiwa dan raganya itu.

Kepada yang hidup mari sama-sama kita insaf dan bertaubat di atas apa juga kesalahan dan kemaksiatan yang kita lakukan.

 “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.

Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.
Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.

“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.

Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu

Sumber : HM

Comments

JAKA said…
Ya Allah tempatkan lah hamba mu itu ke dalam syurga.

Sanggup korban nyawa demi abang kandung....

dalam pada rama pemimpin bn mengorbankan jutaan rakyat demi nafsu sex dan nafsu kuasa mereka.

maka apalah guna tan sir , datuk sri, dll. kalau jiwa penuh rakus menghisap darah rakyat demi kebuasan nafsu.

tak cukup sejuta, tak cukup 10 juta, mahu billion2.

tunggulah bila mahligai barzakh menjadi rumah kediaman kamu wahai pemimpin2 zalim dan rakus.

tak lama lagi pun. masing2 dah tua bangka.