AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PHAHROLRAZI SILA TUTUP MULUT

Sudah-sudahlah tu Phahrolrazi SILA TUTUP MULUT. Jangan dok beri peluru dekat musuh. Jangan buat lagi kenyataan akhbar yang memberikan keuntungan kepada BN. Takkan hang tidak faham politik.........
Berita Hairan menyiarkan kenyataan Phahrolrazi yang menuduh Dewan Pemuda Kedah cuba menggulingkan beliau dan Dr Ismail Salleh dari kepimpinan PAS Kedah.

Hal-hal dalam kelambu, suami isteri sebegini jangan dibongkar dan diceritakan kepada orang lain malah kepada masyarakat umum. Tambah lagi buat kenyataan media di media massa musuh ........punah.

Takkan dengan budak-budak pun hang hendak bergaduh.....kalau nak bergaduh juga bergaduhlah dalam kelambu jangan bergaduh di 'Pekan Rabu' malulah kat orang. Macam laki bini bergaduh ditengah-tengah pasar malam kan malu ...........itu pun tak reti ke.

Hari ini media melaporkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah itu mendakwa bahawa Dewan Pemuda PAS Kedah yang didalangi pihak ketiga cuba menggulingkan beliau dan dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Ismail Salleh daripada barisan kepemimpinan PAS negeri itu.

Akhbar Berita Harian memetik beliau sebagai berkata, usul untuk merombak semula Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah itu dibawa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya.

“Saya fikir Dewan Pemuda PAS tidak memahami apa yang berlaku dalam isu ini dan saya juga berasakan tidak semua pemimpin kawasan yang benar-benar faham. Usul ini dibawa hasil perancangan pihak ketiga yang mahu ia berlaku,” katanya dipetik akhbar berkaitan Umno itu.

NONEMenurut Phahrolrazi, beliau juga menyanjung tinggi sikap ditunjukkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahu supaya jawatannya dan Dr Ismail dalam PAS Kedah dikekalkan.

Beliau menyifatkan, menteri besar sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana menolak desakan itu dan sanggup menerima perbezaan pendapat.

“Bagi saya Menteri Besar berjiwa besar kerana isu ini berlaku atas perbezaan pendapat antara saya dan beliau dalam soal pentadbiran negeri ini, bukan hal peribadi,” katanya lagi kepada Berita Harian 

Comments

Anonymous said…
Pecat.....pecattt.....pecatttttttt
Anonymous said…
awat dia dok cari pasai sangat ni,dah kalau nak pi sangat kat AMENO dan nak sangat bersama ASAN ALI pi sajalah,jangan dok jadi duri dalam PAS ni.Dekat2 pilihan raya ni dok buat pasai,hanpa tau tak penat kami bagi sokongan kat hanpa suruh jadi pemimpin jangan la dok buat pulak.awat syok sangat ke boleh bagi kenyataan surat habaq ameno tu,awat tak pangge aje TV3KE,TV 1,lagi clear.Kalau terbalik kerajaan PR dikedah ni hanpalah orang yang dipertanggongjawapkan,hanpalah manusia yang dok bekal peluru kat musuh.