AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

KEMELUT KEDAH ANGKARA MUSUH DALAM SELIMUT


Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh  akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.

Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

Beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS dan menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi  tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi tidak mengangkat sumpah exco baru-baru ini.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan PAS Pusat yang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau semua kerajaan negeri yang ditadbir dan disertai PAS.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar awal pagi semalam.

Mesyuarat itu diadakan selepas pertemuan muhibbah PAS Pusat dan PAS Kedah yang diadakan sebelum itu iaitu mulai jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi semalam.

Pagi ini, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Pusat di Alor Setar semalam.

Mungkinkah segala masalah yang berlaku di Kedah ini adalah angkara musuh dalam selimut yang menyusup masuk ke dalam kerajaan negeri Kedan dan PAS Kedah. Semua ini tidak mustahil kerana musuh memang sentiasa mencari peluang untuk meranapkan mahligai yang dibina oleh PAS dan rakan-rakan PR yang lain. 

Jika tersilap langkah dan termakan dengan strategi dan perang saraf musuh maka akibatnya kita sendiri bercerai berai. Sebab itu kita menyarankan kepada PAS supaya berhati-hati dengan segala senjata musuh yang mencari apa sahaja peluang untuk memporak perandakan kita.

Comments

Anonymous said…
bukan pasal musuh dalam selimut..tapi pasal akal kat kepala lutut!
Anonymous said…
ALHAMDULILLAH.

ALLAH BERI 1 MASALAH.

DAN ALLAH MENYEDIA 1000 JALAN PENYELESAIAN.

Semoga semua/seluruh/sekalian organisasi PAS mendapat rahmat dan diberkati oleh ALLAH....

KEMBALI BERIBADAH KHUSUSIAH DAN AM UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH
hussin said…
pas memang suka sangat beri 'abang' peluang untuk serang 'adik'. tengoklah apa jadi dengan pas hanya bermula dengan 'pertemuan dalam gelap' selepas pru12. perjuangan melayu 'abang' dilihat lebih hebat dari perjuangan islam 'adik'.

pas sambut 'pas telah terkeluar dari landasan asal' hassan ali sehingga menggamit ustaz pas menekankan perlunya pas kembali ke perjuangan asal. 'perjuangan asal' ini hanya alat untuk ustaz2 menguasai pas. mahu maintain status quo, maknanya pas forever pembangkang kepada 'abang'. kuasa bukan untuk memperkasakan parti tetapi lebih kepada kepentingan diri.

jika diperhatikan, puak2 ustaz ni hanya tahu mencabar, ajak berdebat apabila ada isu yang mengaitkan pas. lebih dari tu tak boleh.

wallahu'alam