AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

UTUSAN TAKUT PADA TOK GURU?

Saya pun tak faham tiba-tiba sahaja Utusan Meloya memohon maaf kepada Mursyidul Am PAS tentang laporan akhbar tersebut tentang kenyataan Tok Guru pada 15 Jun 2009.

Sebelum ini sudah ratusan kali Utusan memfitnah, salah lapor dan menipu tetapi kali ini mengapa BN takut benar kepada Tok Guru.

Memang Tok Guru ada membuat kenyataan untuk menyaman Utusan.

Pada 17 Jun, Tok Guru Nik Aziz menafikan laporan dan menyifatkannya "satu hasutan untuk mengajak orang ramai membencinya dan parti itu", termasuk menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai baru-baru ini.

Beliau kemudian mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan.

Tok Guru menafikan sekeras-kerasnya, penggunaan perkataan 'mesti'... nasihat saya mesti didengar seperti yang dilaporkan oleh Utusan.

Menurutnya bukan watak beliau, memberi nasihat kepada orang selepas itu paksa orang dengar dan menuruti apa yang dinasihatkan oleh beliau seperti yang disiar dalam Utusan Meloya, lebih-lebih lagi selepas itu penyiaran artikel yang ditulis seseorang.

Dalam kenyataannya Tok Guru berkata beliau telah menyerahkan kepada peguam untuk diambil tindakan dan terpulang kepada peguamnya apa tindakan yang perlu diambil seterusnya samada saman atau tidak.

Mungkin kerana kenyataan ini maka Utusan tidak semena-mena menarik balik kenyataan biadap dan fitnah tersebut.

Untuk itu saya menggesa Ketua Pengarang, Editor dan Wartawan surat khabar dan media pembodek BN supaya insaf dan sedar jangan lagi suka memfitnah, berbohong dan membuat laporan yang salah dan terpesong.

Ini kerana tuan-tuan bertanggungjawab di hadapan Allah jika menipu, memfitnah dan sebagainya. Selagi tulisan dan laporan itu terlekat pada pemikiran pembaca yang menyebabkan pembaca percaya dengan fitnah dan penipuan itu selagi itulah tuan-tuan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. Fikirkanlah ..............

Di bawah ini adalah permohonan maaf Utusan Meloya kepada Tok Guru Nik Aziz.

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

Comments

Anonymous said…
awas taktik dan permainan macam-macam boleh jadi. Bani Isrel sentiasa memuji Musa dan Harun setiap kali mereka terlepas dari bala bencana tetapi sentiasa pula mengutuk kedua-duanya apabila kehendak mereka tidak dapat ditunaikan. jadikan iktibar