AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

UMNO TERUS MAINKAN ISU PERPADUAN, APA TINDAKAN PAS?

Umno nampaknya 'berahi' sungguh dengan isu kerajaan perpaduan sehingga ianya dibangkitkan semula sehari dua ini.
Mengapa isu ini terus diwar-warkan?, ianya tidak lain tidak bukan kerana :-
1) Isu ini mampu memecahbelahkan Pakatan Rakyat
2) Isu ini mampu memecahbelahkan pemimpin dan penyokong PAS
3) Inilah satu-satunya isu yang dilihat Umno mampu memberikan kelebihan kepada mereka
4) PAS nampaknya tidak serik-serik untuk meneruskan polemik berkenaan isu ini
dan lain-lain........saya memohon pemimpin PAS bertegas dalam isu ini agar Umno tidak terus memainkannya sebagai modal politik atau talian hayat untuk meneruskan sisa-sisa hidup mereka.
Memang tidak salah untuk berbincang dan berpakat dengan sesiapa sahaja, namun kita perlu menilai samada perbincangan itu memberikan impak yang lebih baik atau lebih buruk kepada jemaah dan gerakan kita.

Comments

Nasrudin said…
Assalamualaikum

Akhi , siapa yang mainkan isu kerajaan perpaduan ni sebenarnya ?
Isu ni dah tamat dah . Ana pun tak dengar dah sekarang ni ? kalau ada lagi , siapa yang timbulkan ?

Pasal UMNO tu , biarkanlah dia . memang itu makanan dia . dia pasti akan terus mainkan isu ni sampai kiamat

So , akhi pun , usah terkesan dan usah layanlah . kalau semua tidak layan maka tiadalah guna umno menyebutnya lagi .

Tapi dakwah kepada semua termasuk umno adalah wajib diteruskan . Jgn pulak krn dakwah kita pun dianggap sbg nak buat kerjasama dgn umno .

Rasanya , persepsi sesetengah dari kalangan kita juga yang membentuk isu dan akhirnya umno mainkan ia sbg isu .

so jgn buat persepsi apa lagi persepsi yg salah .

balik pada basic perjuangan dan akhlak islam yg kita perjuangkan . Cth Tok Guru Nik Aziz kata semalam , beliau sedia lupakan sengketa dengan Kerajaan UMNO Pusat demi kebaikan kerajaan negeri Kelantan dan rakyatnya . itulah akhlak islam .

Sedia memaafkan namun tegas dgn prinsip perjuangan bahawa islam adalah agama yg unggul dan mesti diterima .

Yang lain jgn buat persepsi negatif terhadap kenyataan Tok Guru . Soal UMNO , biarlah dia dgn apa yg dia nak buat . Saya yakin asal kita teguh dgn prinsip perjuangan dan akhlak islami kita akan berjaya dan allah akan tolong . balik semula kpd fuundamental perjuangan kita era 80an dulu .

bina fikrah amal islami yg jelas . jgn hanya fikir soal nak menang pilihanraya atau sekadar meraih sokongan dan undi tetapi nilai akhlak islami dan fikrahnya semakin luntur . tiada makna kita menang dengan hilangnya nilai - nilai ini . Setuju tak ?
Bro Sofi , saya mintak kebenaran untuk "putar" sikit.

Pasal lilin punya hal sebab itu "lembaga hitam" dari Pangkor suka tikam Nizar.
Saya mintak Bro Sofi dan pembaca coba lihat gambar (sila sambung ke link dibawa)ini betol-betol.
Gambar Nizar bakar lilin , apa pendapat anda semua?
Perlu keluar fatwa?

http://tukartiub.blogspot.com/2009/07/ini-buktinya-nizar-bakar-lilin.html