AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

NAJIB UMUM KRA, PINGGIRKAN TERAS UTAMA LAIN.

Semalam Perdana Menteri, Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
6 teras tersebut ialah :-
1) Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan
2) Mengurangkan kadar jenayah
3) Memerangi rasuah,
4) Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
5) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
6) Menambah baik pengangkutan awam
Kerajaan BN terbukti gagal melihat kepentingan isu-isu lain yang lebih mendesak dan kronik. Keenam-enam teras yang diumumkan oleh Najib hanya menjurukan kepada hal-hal materialistik dengan meminggirkan unsur-unsur Islam, pembangunan manusia, hak asasi manusia, pemerkasaan demokrasi, meningkat professionalisme Polis dan ATM dan lain-lain.
Islam sebagai agama dan sistem kehidupan sepatutnya diperkasa dalam sistem pentadbiran dan juga dalam kehidupan rakyat. Sudah sampai masanya Islam diamalkan sebagai undang-undang bagi menyelamatkan manusia dari kehancuran dengan kadar jenayah, maksiat dan keruntuhan akhlaq yang kronik dan membarah.
Manusia mesti dibangunkan kerana sehebat manapun kekuatan ekonomi dan intelektual mereka, andaikata jiwa tidak dibangunkan maka tunggu saat kehancurannya kerana manusia hanya berfikir mengikut hawa nafsu tanpa dikawal oleh iman dan keikhlasan.
Kerajaan BN terbukti tidak belajar dari kesilapan dan kesalahan mereka pada masa lalu. Rekod dan imej buruk Malaysia di mata dunia dengan ISA, kelemahan SUHAKAM, kematian tahanan Polis dan terbaru kematian Teoh Beng Hock nampaknya tidak dihiraukan oleh kerajaan. Sepatutnya pemerkasaan Hak Asasi Manusia menjadi teras utama dalam agenda KRA kerajaan ini.
Kedegilan dan kebongkakan kerajaan BN yang tidak mahu menjelmakan sistem demokrasi yang benar-benar telus dan professional semakin terserlah apabila Najib meminggirkan pemerkasaan Sistem Demokrasi dari senarai KPI yang menjadi agenda kerajaannya. Terbukti kerajaaan Najib begitu selesa dengan sistem yang ada kerana mereka tahu bahawa dengan sistem inilah sahaja BN akan terus berkuasa dan bermaharajalela di Malaysia.
Selain itu kerajaan Najib juga tidak memandang akan kepentingan meningkatkan professionalisme Polis dan ATM yang seringkali dilihat berkhidmat untuk mengekalkan pemerintahan kerajaan BN terutama semasa kempen pilihanraya dan situasi lain seperti layanan terhadap Pakatan Rakyat dan sebagainya.
Selagi kerajaan BN tidak melihat kepentingan menangani perkara-perkara yang saya sebutkan tadi maka sudah pasti negara kita akan berada di takuk lama dan hasrat kerajaan BN untuk membawa ke Malaysia ke tahap negara maju dari semua segi akan menjadi retorik dan ianya hanyalah mimpi di siang hari.

Comments