AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

IBRAHIM ALI SUKA DITAHAN ISA

Ibrahim Ali wajar ditahan ISA untuk kali ketiga kerana beliau sendiri bersetuju agar akta drakonian ini diteruskan.
Mungkin agaknya akta ini sangat baik dan enak sebab itu Berahim mahu ianya dipertahankan.
Pengalaman Berahim ditahan ISA sebanyak 2 kali mungkin cukup manis dan lebih enak dari tinggal di rumah. Agaknya Berahim rindu untuk tinggal di istana ISA sekali lagi.
Dalam kenyataan media semalam Berahim berkata jika kumpulan penentang akta itu meneruskan Himpunan MANSUH ke Istana Negara, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.
"Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," katanya, seorang ahli politik kaki lompat yang sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri.
Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa) adalah sebuah NGO yang diasaskan beliau.

Comments